26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Alumni SMK Kota Marudu tekad jejaki lebih 20 ribu  bekas  pelajar: Johnny Gampawi

KOTA MARUDU: Pertubuhan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu tekad jejaki lebih kurang 20 ribu bekas pelajar sekolah itu menerusi daftar atas talian (online).

Setiausaha pertubuhan, Johnny Gampawi yang menghubungi media baru-baru ini berkata, usaha menjejaki mereka kini giat dilakukan menerusi pelbagai kaedah selari dengan kecanggihan teknolongi masa kini.

Katanya, Alumni sekolah itu juga telah mewujudkan laman sesawang (website) untuk memudahkan bekas pelajar mendaftar sebagai ahli secara dalam talian (online) walau dimanapun mereka berada.

“Bekas pelajar Government Junior Secondary School(GSS) kini dikenali SMK Kota Marudu dari tahun1968 boleh melayari laman sesawang di www.alumnismkkm.org atau Sebarang pertanyaan boleh email di admin@alumnismkkm.org.

“Bagi bekas pelajar yang ingin mendaftar sebagai ahli, boleh berbuat demikian di daftar.alumnismkm.org melalui link yang terdapat di laman sesawang alumnismkkm.org ,” katanya

Menurut Johnny, antara tujuan menjejaki bekas pelajar (Alumni) SMK Kota Marudu ialah untuk mempertemukan semula bekas pelajar sekolah itu seterusnya mengeratkan silaturrahim.

Selain itu katanya, bekas pelajar yang berjaya dijejaki  dan didaftarkan dalam sistem membolehkan mereka menerima maklumat berkaitan  serta perkembangan semasa SMK Kota Marudu dan Alumni.

“Pertubuhan alumni juga optimis, bekas-bekas pelajar SMK Kota Marudu yang kini  berjaya dalam lapangan atau kerjaya masing-masing akan tampil menyumbang dalam pelbagai sudut  ke arah kecemerlangan bekas sekolah yang menjadi Gedung Ilmu mereka sebelum ini.

“Ke arah itu, alumni telah melancarkan projek untuk menjejaki bekas pelajar sekolah SMK Kota Marudu yang dianggarkan sekitar 20 ribu sejak tahun 1968,” katanya.

Untuk rekod, Pertubuhan Alumni SMK Kota Marudu telah didaftarkan dan mendapat kelulusan pada 10 Julai 2018 dengan No Pendaftran PPM-14-19072018 atas restu serta sokongan daripada pengetua sekolah, Faridah Raimin

Peringkat penaja, persatuan ini telah diterajui Jeson Majimal selaku Pengerusi Penaja, Mak Yuk Kiew@Evelyn (Timbalan Pengerusi), Jaisin Gopori (Naib Pengerusi), Julika Maiba (Setiusaha), Alliey Chang Yen Ha (Pen.Setiausaha), Wasnah Matujal @Matuzal (Bendahari),
Kutily@Sylvia Gilong (Pen.Bendahari).

Menerusi mesyuarat agung yang diadakan pada 02 September 2019, Alumni SMK Kota Marudu seterusnya diterajui kepimpinan baharu terdiri Jaiping Minsu (Pengerusi), Robert Gampawi (Timbalan Pengerusi), Mohd Nur Hakim Jaidi (Naib Pengerusi), Johnny Gampawi (Setiausaha), Asbin Kansirong (Bendahari), Rosnah Sawayan (Penolong Bendahari) dan enam Ahli Jawatankuasa Kecil terdiri, Lim Su Yin, Jokius Moni, Crispinah Sulisu, John Majumpah, Jimson Majimal dan Benjhon Simbaku.

Johnny Gampawi,
Setiausaha Pertubuhan Alumni SMK Kota Marudu
Sebahagian BARISAN J/Kuasa
Alumni SMK Kota Marudu
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN