Antara penduduk Kg.Togop Darat Ranau yang menyertai program ‘Mangasok’ tersebut.
RANAU: Penduduk kawasan pedalaman daerah ini, masih mengamal dan mengekalkan tradisi budaya ‘Mengasok”atau menugal padi bukit yang diamalkan sejak dahulu secara berama-ramai (bergotong royong) melibatkan penduduk sesebuah kampung.
Seperti yang diadakan di Kg.Togop Darat terletak kira-kira 60 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini, mengadakan program menugal padi bukit dengan keluasan satu ekar setengah melibatkan lebih 20 orang penduduk.
Menugal itu yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang ternyata positif kerana dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat, menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Ketua keluarga pemilik ladang tersebut, Nazri Abdullah merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk yang hadir menyertai gotong royong ‘Mengasok’ yang diadakan itu yang turut dihadiri penduduk kampung dari daerah lain di Sabah.

Kaum ibu juga tidak ketinggalan menyertai program ‘Mengasok’ itu.
“Saya mewakili keluarga berterima kasih atas kehadiran mereka yang juga saudara-mara kami membantu menjayakan kerja ‘menugal yang kami jalankan”, jelas Nazri.
Nazri mengharapkan budaya tradisi mangasok itu diteruskan seiring dengan penggunaan peralatan pertanian moden masa kini.
‘Mangasok’ juga boleh mewujudkan perpaduan, mengekalkan persaudaraan dan keharmonian berkekalan dikalangan penduduk setempat”, tambah Nazri.
Program berakhir dengan hidangan jamuan makan tengah hari yang disediakan keluarga Nazri.
             Â