26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Oktober 31, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Akta Pembangunan Sukan 1997 akan dipinda bagi memasukkan Anti Doping

Datuk Nagulendran (tengah) bersama para peserta bergambar kenangan sebelum acara perasmian Simposium bermula.

Labuan: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meminda Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) bagi memasukkan peruntukkan Anti Doping dan Integriti sukan.

Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Dr Nagulendran Kagayatkarasu berkata, pindaan tersebut dijangka akan di bentangkan pada tahun hadapan bagi menagani isu berkaitan rasuah dan anti doping sebagai sebahagian daripada inisiatif pememeliharaan integriti sukan.

“KBS sedang dalam proses untuk meminda Akta ini (Akta 576) dan salah satu tujuan kita ialah untuk mengawasi anti doping dan integriti sukan supaya tadbir urus sukan dapat diperkasakan serta mengekalkan sukan yang telus dan beretika”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Integriti Sukan dan Anti Doping ASEAN 2025 yang diadakan di salah sebuah hotel di sini sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.

Jelas beliau simposium dua hari yang dianjurkan KBS melalui Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) berperanan sebagai platform penting bagi menyediakan garis panduan, pendidikan dan kesedaran tentang pemeliharaan integriti dalam sukan, selaras dengan piawan sukan global dalam anti doping.

Selain itu katanya, KBS juga terus memperkukuhkan inisiatif sukan yang selamat dengan menangani aktiviti yamg tidak bermoral seperti ganguan seksual, merokok dan vape di premis KBS.

“KBS juga sedang membuka jalan untuk atlet menyuarakan kebimbangan melalui saluran yang betul untuk memastikan mereka dilindungi dan diperkasakan dalam ekosistem sukan yang selamat”, katanya.

Lebih 100 peserta dari negara negara Asean yang membabitkan Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Brunei, Filipina dan Laos menyertai simposium tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Belia dan Sukan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.

Negara lain yang menyertai simposiun itu ialah Jepun, China, Korea Selatan dan Australia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN