32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

AKADEMI BUNG MOKTAR RADIN AKAN DILANCAR TIDAK LAMA LAGI

Suhaimi (dua kanan) menyerahkan dokumen cadangan SAFA kepada Asneh pada perjumpaan itu. Turut kelihatan Azman (kanan sekali) dan David (kiri sekali).

KOTA KINBALU–Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) merancang untuk mewujudkan sebuah akademi bolasepak remaja sebagai langkah untuk mengembangkan sukan itu di negeri ini.

Ia sebagai susulan kerjasama persatuan itu dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Jabatan Pendidikan yang sedang berjalan baik ketika ini.

Berikutan itu, satu memorandum persefahaman di antara ketiga-tiga pihak dijangka dimeterai dalam jangka masa terdekat.

Naib Presiden SAFA, Datuk Suhaimi Nasir, berkata, SAFA akan menamakan akademi itu sebagai Akademi Bung Moktar Radin.

Katanya, pewujudan akademi itu adalah yang pertama di Sabah dan akan menggunakan nama Presiden SAFA sekarang.

Akademi itu dijangka membabitkan pemain-pemain muda terbaik dari umur 12 hingga 18 tahun.

“Kita akan menetapkan tarikh pelancaran akademi tersebut sebaik sahaja MoU dengan MSN dan Jabatan Pendidikan sudah dimeteraikan nanti,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengarah MSN, Mohd Asneh Mohd Noor di pejabatnya, pagi tadi.

Turut bersama beliau ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Suhaimi yang juga Anggota Dewan Undangan (Adun) Dilantik memberitahu, pada dasarnya pihak SAFA, MSN dan Jabatan Pendidikan sudah menyetujui berhubung pemeteraian MoU itu.

“Kita dalam proses perbincangan untuk menentukan tarikh bila MoU itu akan dimeteraikan kerana ia perlu persetujuan ketiga-tiga pihak,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata, sebelum ini perbincangan mengenai kerjasama MSN dan Jabatan Pendidikan sudah diadakan sebanyak tiga kali.

Katanya, pihak SAFA telah mencadangkan beberapa perkara yang memerlukan bantuan MSN dalam soal pembangunan bolasepak memandangkan majlis itu mempunyai pengalaman dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

Selain itu, tambahnya, ia juga mempunyai fasiliti seperti padang di samping memiliki pengalaman dalam aspek penganjuran kejohanan bolasepak pelbagai peringkat umur.

“Kami juga mengesyorkan supaya Ketua jurulatih remaja negeri (KJRN) dan penolongnya dapat diserapkan dalam jawatankuiasa pembangunan persatuan,” ujarnya.

Azman berkata, di pihak SAFA pula akan nerusaha mengadakan kejohanan peringkat umur seperti bawah 12, 14, 16 dan 18 tahun.

Katanya, kejohanan-kejohanan itu akan dibiayai menggunakan dana dari SAFA selain sokongan dari MSN.

Pada masa sama, tambah beliau, SAFA juga akan membantu usaha ke arah memperkasakan program kejurulatihan di samping turut menyediakan peralatan sukan seperti bola, kon, jaring dan sebagainya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN