27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

AHLI UMNO SABAH PERLU TUNJUK SEMANGAT JUANG TINGGI:BUNG

BUNG MOKTAR RADIN

KOTA KINABALU : Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin (gambar ) meminta ahli-ahli UMNO menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan persidangan UMNO peringkat Cawangan sebagai usaha bagi meneruskan perjuangan parti yang menjadi ‘payung’ kepada rakyat dalam membela nasib bangsa, agama dan negara.

Katanya ,ahli peringkat akar umbi merupakan tunjang utama kekuatan parti perlu menunjukkan semangat kesatuan dan berusaha meletakkan UMNO kembali sebagai tampuk pemerintah.

“Dalam keadaan apa pun UMNO akan terus menjadi ‘payung’ kepada orang Melayu / bumiputera dan Islam yang telah terbukti sebelum ini dan ianya perlu dipertahankan disamping memulihkan semangat setiap pendokongnya bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang agar UMNO terus relevan ” katanya dalam perutusannya kepada ahli ahli UMNO di Sabah yang ketika ini sedang melaksanakan mesyuarat cawangan cawangan .

Mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di seluruh bahagian di negeri ini bermula pada 15 Julai lepas dan dijangka berakhir 31 Ogos dan selepas itu mesyuarat perwakilan bahagian bahagian akan diadakan.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO , rata-rata ahli kini lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan UMNO di samping berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada demi memastikan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

“”Saya berharap tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang persidangan cawangan dilaksanakan, kesemua ahli bersidang secara harmoni dan berhemah disamping mengutamakan SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi membendung penularan jangkitan pandemik Covid-19″ katanya.

Bung menambah lebih dari 561,617 ahli UMNO dari 25 bahagian di negeri akan mengadakan persidangan mereka masing masing

” Alhamdulillah sehingga kini belum ada cawangan cawangan dan bahagian UMNO di negeri ini dibubarkan meskipun banyak presepsi yang menyatakan UMNO Sabah sudah tiada namun hakikatnya ahli UMNO masih setia dalam perjuangan ” jelas Bung.

Dalam pada itu Bung meminta seluruh bahagian UMNO di negeri ini mengaktifkan bilik gerakan masing masing disamping lebih proaktif melaksanakan program turun padang mendekati rakyat dan ahli di peringkat akar umbi.

” Saya dimaklumkan gerak kerja telah bermula khususnya gerak kerja pergerakan Wanita UMNO melalui program Jelajah Jalinan Rakyat dan program program lain perlu diteruskan dari masa ke semasa tidak perlu menunggu sehingga bila berlangsungnya PRU kerana kita mahu UMNO itu sentiasa berada di hati rakyat dalam keadaan susah dan senang” tambah Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN