24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 29, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Ranau Santuni Mangsa Bencana di Kg Desa Aman, Kundasang

Jonathan mendengar keluh kesah salah seorang penduduk yang terlibat

KUNDASANG: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin terus menyantuni penduduk di kawasan ini apabila beliau hadir meninjau beberapa buah rumah yang terkesan dengan bencana di Kg Desa Aman, Kundasang baru-baru ini.


Dalam lawatan itu, beberapa penduduk yang mengalami ancaman gelinciran tanah berhampiran rumah kediaman mereka berharap agar pihak berwajib dapat memberikan bantuan segera bagi menangani masalah yang dihadapi.


Dalam lawatan tersebut, didapati mereka yang terkesan hanya mampu membuat tindakan jangka pendek dengan menutupi kawasan runtuhan menggunakan lapisan kanvas bagi tujuan mengurangkan kadar gelinciran.


Kelihatan ada antara rumah yang terbabit berada betul-betul hampir dengan lereng runtuhan dengan jarak beberapa kaki sahaja antara kawasan runtuhan dan dinding rumah, malahan kelihatan paip-paip saluran air sudah jatuh dan patah.


Jonathan, terus menunjukkan keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berterusan yang merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, infrastruktur asas dan kesejahteraan sosial di seluruh daerah ini.


Sebagai wakil rakyat yang aktif turun padang, beliau sentiasa memantau keperluan masyarakat bagi memastikan setiap peringkat penduduk, terutamanya di kawasan pedalaman, mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya.


Dalam usaha menyokong kebajikan rakyat, beliau menggerakkan pelbagai program bantuan termasuk pengagihan makanan dan keperluan asas kepada keluarga berpendapatan rendah, serta bantuan kecemasan kepada mangsa bencana seperti banjir, ribut dan tanah runtuh yang kerap melanda beberapa kawasan di Ranau.


Sementara itu, netizen memberikan respond yang begitu positif terhadap keprihatinan Jonathan yang telah meluangkan masa untuk turun padang melawat mereka yang terjejas dalam kejadian itu.


“Sangat berterima kasih YB Jonathan dan rombongan yang telah melawat rumah kami dan kawasan yang terlibat dengan bencana. Kami sangat menghargai usaha YB dan berharap dengan komitmen ini, tindakan dan bantuan dari pihak berwajib lebih cepat.


“Lawatan YB amat bermakna bagi kami dan kami begitu mengormati keprihatinan YB,” ujar salah seorang penduduk yang dilawati oleh Jonathan dan rombongannya.


Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa tanah di kawasan itu memang bermasalah dari dulu tapi tiada tindakan susulan yang betul-betul boleh menyelesaikan masalah ini.


“Semakin lama semakin teruk apa lagi tiba musim hujan. Harap ada tindakan susulan dari pihak berwajib,” ujar salah seorang netizen.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN