ADVERTISEMENTspot_img

Ahli PAPIM sumbangan Akhirat Kematian kepada dua ahlinya

SEDEKAH AKHIRAT… Haji Ahmad (kiri) menyampaikan sedekah akhirat dari PAPIM kepada Puan Rugayah.

MEMBAKUT: Ahli-ahli Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak- Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM) menghulurkan sedekah akhirat kematian kepada dua orang ahlinya minggu lalu.

Dalam majlis pertama,Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong menyerahkan sumbangan sedakah khairat kepada Puan Rugayah Haji Timbang salah seorang ahli PAPIM kerana suaminya, Encik Sabri Din Haji Wahid kembali kerahamatullah minggu lalu.

Hasil kutipan kalangan ahli-ahli PAPIM ini disampaikan sebelum Majlis Kenduri Hari Ketujuh pada Ahad di kediaman Puan Rugayah di Kampung Saga-Saga Pimping Membakut.

Sementara itu di PAPAR, Ahli Jawatankuasa PAPIM, Awang Jaluddin Awang Salleh menyerahkan sumbangan sedakah khairat kepada Puan Dayang Jauyah Ag. Jainal isteri
Allshyarhan Pg Ahmad Pg. Moktar Ahli PAPIM di Kg Kuala Papar.

SAMPAIKAN …Ag Jaluddin menyampaikan sedekah akhirat kepada Puan Jauyah sambil diperhatikan oleh Hj Ahmad dan Alihussein.

Penyerahan di saksikan oleh Pengerusi, Setiausaha, Alihussein Haji Matnor dan AJK PAPIM.

Haji Ahmad berkata sumbangan akhirat kematian ini sebagai kesinambungan aktiviti kebajikan kepada ahli-ahlinya yang berdaftar sama ada ditimpa musibah kematian atau musibah-musibah yang lain.

Beliau berharap anak-anak dari Kg Pimping yang menetap dari Daerah Papar hingga ke Tuaran dialu-alukan menganggotai persatuan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN