Ghani (empat dari kanan) bersama Datin Asia (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan dengan Pegawai dan Staf Klinik Kesihatan Nabawan selepas menyampaikan sumbangan
Oleh:Marutin Ansiung
NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyampaikan sumbangan kepada team Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan menjelajah di kampung-kampung terpencil di Pedalaman khususnya kawasan Pensiangan bagi memberi vaksin kepada penduduk.
Sumbangan dalam bentuk bekalan makanan itu disampaikan kepada Doktor Abiruddin di perkarangan Klinik Kesihatan Nabawan kelmarin.
Ghani (dua dari kiri)mengiringi Datin Asia semasa mendaftar di pusat pemberian vaksin Klinik Kesihatan Nabawan.
Selain menyumbang bahan-bahan makanan Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kenajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)menyumbangkan kewangan untuk team bagi menyewa kenderaan “off road” ke kampung-kampung terpencil di kawasan ini.
Ghani berkata, sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban team KKM yang akan mengharungi perjalanan mencabar untuk membawa vaksin dibawah Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Zon Pedalaman ke kampung-kampung terpencil yang menjadi sasaran.
Sementara itu isteri Ghani, Datin Asia Haji Azlan yang mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di Klinik Kesihatan Nabawan turut menyumbang kek kepada petugas di pusat pemberian vaksin Klinik Kesihatan Nabawan selepas menerima suntikan vaksin.
Kek yang disumbangkan itu adalah buatan beliau sendiri.