27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor turun padang melawat projek yang dilaksana dalam kawasan

Robert (tiga dari kanan)bersama rombongan semasa melawat jalan konkrit Jalan Kampung Kepayan Lama.

KENINGAU:Bagi memasti semua projek pembangunan di kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN)Bingkor dilaksanakan dengan sempurna dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin turun padang melawat semua projek yang telah dilaksanakan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau dan jentera pentadbiran diperingkat DUN sentiasa turun padang bagi memastikan segala projek yang dilaksanakan dapat memenuhi kehendak penduduk kampung yang terlibat.

“Kita juga mahu pelaksanaan naiktaraf serta penyelenggaraan kemudahan di setiap kampung sesuai dengan skop kerja yang telah ditetapkan” katanya selepas melawat projek-projek yang telah siap dan sedang dalam pembinaan di kawasan DUN Bingkor baru-baru ini.

Dalam lawatan itu Robert dan rombongan, melawat jalan raya di Kampung Kirokot Baru Apin-Apin yang sedang dalam pembinaan naiktaraf kepada konkrit, Jalan Kampung Kapayan Lama yang siap dinaiktaraf kepada konkrit dan Jalan kebun Kampung Kumawanan yang telah siap dinaiktaraf daripada jalan tanah merah kepada jalan gravel.

Robert bersama rombongan meninjau culvert Kampung Minansut dan pelurusan Sungai Bayayo.

Selain itu beliau dan rombongan melawat tapak gerai penduduk di simpang jalan Kampung Baru, Jalan Kampung Minansut yang siap dipasang culvert sebagai usaha menambah lebar jalan, serta melawat jalan yang dicadangkan untuk dinaiktaraf kepada jalan konkrit di kampung itu.

Robert bersama rombongan turut melawat tapak pelancongan yang diwartakan di Kampung Minansut dan projek pelurusan Sungai Bayayo yang telah siap dilaksanakan di kampung tersebut dan kerja pemasangan culvert dan pembinaan parit konkrit berhampiran muka sauk Loji Bunsit.

Pada hari yang sama Robert bersama rombongan meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang Rufinah Naime @ Anggit Ekim di Kampung Bunsit, Bingkor.

Turut sama pada lawatan itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM )Bingkor Junior Fred, CDO Bingkor Tinus Majip, Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, Pengerusi-Pengerusi JPKK di kampung yang terlibat Andiris Lotujin, Lorenzo Juli, Jamilah Bianus, Sylvester Anthony dan Zamri Andis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN