30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor terima kunjungan hormat Pengurus LKTNS Bingkor yang baharu

Robert (tengah) dan Marius (kanan).

KENINGAU: Pengurus Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah ( LKTNS) Bingkor Keningau Marius Molisin melakukan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N40 Bingkor N.40 Bingkor.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan membincangkan berhubung isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan program program LKTNS.

Marius juga memberi pencerahan mengenai perancangan yang akan dilaksanakan pada masa yang akan datang di kawasan DUN Bingkor.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Bingkor amat mengalu-alukan kunjungan tersebut.

Katanya, ia amat bermakna dan bermanfaat dalam mengeratkan hubungan dua hala diantara kedua-dua pihak dalam membincang dan menyelasaikan isu-isu yang berkaitan.

Beliau percaya LKTNS Bingkor Keningau dibawah pengurus yang baharu terus mendekati rakyat dalam memberi maklumat tentang program dan aktiviti Lembaga ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN