Robert semasa menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Daerah Keningau.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik@ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Daerah Keningau.
Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Keningau Kamaruddin S.Latif bersama Pegawai Protokol Daerah Keningau Daffri Azahari mewakili Pejabat Daerah dalam kunjungan itu.
Kunjungan tersebut adalah untuk menyampaikan surat undangan bagi merasmikan Program Jerayawara Jelajah Sabah Peringkat Daerah Keningau yang akan berlangsung di Dewan Masyarakat Keningau baru-baru ini.
Pada kunjungan itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menghulurkan sumbangan untuk membiayai program tersebut .
Turut serta kunjungan tersebut Pegawai Protokol Daerah Keningau Daffri Azahari.
Pada hari yang sama Robert menerima kunjungan hormat Persatuan Seni Sastera Keningau.
Persatuan tersebut turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert untuk Pesta Tanglung 2022 Daerah Keningau.
Soh Kok Ho mewakili Persatuan Seni Sastera Keningau menerima sumbangan tersebut yang diserahkan sendiri oleh Robert.