27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor dan Nabawan sumbang lembu korban sempena Aidiladha

Robert (tiga dari kiri)semasa menyempurnakan penyerahan lembu korban kepada Pengerusi Masjid dan wakil masjid-masjid yang terlibat.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin menyempurnakan  penyerahan tiga ekor lembu korban kepada tiga masjid sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1442H kelmarin.

Masjid yang menerima lembu korban sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu adalah Masjid Ukhuwah Apin-Apin yang diterima oleh Pengerusi Masjid, Haji Mokhsin Salleh, Masjid Al-Taqwa Keningau yang diterima oleh Bendahari Masjid Maidin Bin Mursudi, Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor diterima oleh Setiausaha Masjid Kamaruddin Said. 

Selepas menyempurnakan majlis ringkas itu Robert mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di kawasan ini.

Sambil itu beliau menasihati masyarakat Islam agar mematuhi SOP  amalkan penjarakan fizikal

“Jangan berkumpul beramai-ramai bagi mengelakkan penularan Covid-19” katanya.

Ghani (bersongkok)menyaksikan penyembelihan lembu korban di Masjid Kampung Bahagia Nabawan pagi tadi.

Turut Hadir  Penolong Pegawai Daerah Keningai Yusof Ag Ali, Ketua Daerah Bingkor Daniel Pelangi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Junior  Fred Vincent dan  Ketua Biro Agama Islam DUN Bingkor, Hj Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Sementara itu di NABAWAN, ADUN Kawasan itu Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin turut menyerahkan sumbangan tiga ekor lembu untuk Hari Raya Korban bagi Masjid Pekan Nabawan, Masjid Pekan Sook dan Masjid Kampung Bahagia Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN