26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor berpuas hati dengan pelaksanaan Program Outreach Pemberian Vaksin di Apin-Apin

Robert (tiga dari kanan) bersama Walter dan rombongan semasa meninjau PPV Apin-Apin.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berpuas hati dengan persiapan dan pelaksanaan Program Outreach Pemberian Vaksin Covid 19 di Dewan Datuk Andulag Apin-Apin yang bermula hari ini.

Katanya, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan agensi-agensi kerajaan termasuk sukarewan yang terlibat sudah cukup bersedia menjayakan program ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV)di Dewan Datuk Andulag Pekan Apin-Apin pagi tadi.

Robert bertanya sesuatu kepada salah seorang warga emas yang menerima vaksin di PPV itu.

“Saya difaham bahawa hari ini seramai 481 orang divaksinkan dan dijangka seramai 1,100 orang akan menerima vaksin dalam tempoh tiga hari sehingga 25 Julai ini” jelas Robert.

Program Outreach Vaksinasi yang dihoskan oleh pihak UPPM DUN Bingkor dengan kerjasama KKM,.PDRM, Rela dan Pejabat Daerah serta dijayakan bersama 18 orang sukarelawan/sukarelawati di daerah ini melibatkan tiga kawasan iaitu Mukim Apin-Apin, Mukim Bunga Raya dan Mukim Merampong yang menyediakan sejumlah 1,100 dos suntikan.

Turut hadir mengiringi ADUN Bingkor itu ialah Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Pegawai Penyelaras P.180 Keningau  Lectus Fung dan Pemimpin Pembangunan Maayarakat ( PPM ) Bingkor Sdr Junior Fred.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN