26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor bantu jayakan program Bomba menerusi sumbangan dana

Robert (tengah) menyampaikan sumbangan dana kepada Yuszaimi.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN ) Bingkor Datuk Robert Tawik
menyumbangkan dana kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Keningau.

Sumbangan itu bertujuan bagi membantu penganjuran Majlis Penyampaian Sumbangan Ikhlas Kepada Anak Yatim, Warga Emas/Fakir Miskin dan Orang Kurang Upaya Peringkat Zon Keningau dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun 2023 yang akan diadakan pada pertengahan bulan ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya sendiri menyampaikan sumbangan itu kepada
Ketua Zon Jabatan Bomba Dan Penyelamat Zon Keningau Yuszaimi Hairul Azwan Bin Juatan.

Yuszaimi Hairul mengucapkan kepada Robert atas keikhlisan menghulurkan sumbangan tersebut.

Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut sudah tentu majlis yang akan diadakan itu dapat dijalankan dengan jayanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN