30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Abidin sampaikan BPN kepada seramai 662 penerima dalam DUN Paginatan

Datuk Abidin menyampaikan BPN kepada salah seorang penerima  (Kanan) diperhatikan Florencia (dua Kanan), Syahrin, Benedict dan Allen Heng. -Gambar Oleh: Salwah Aramat

RANAU: Seramai 662 individu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan di sini, menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui program ‘Kita Prihatin’.

Majlis yang berlangsung pada Jumaat di Dewan Masyarakat Ranau, dianjurkan bersama,  Urusetia Pejabat Daerah Ranau, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),  Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Unit Pemimpin  Pembangunan  Masyarakat (UPPM) DUN Paginatan.

Penyerahan disempurnakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, yang turut menyantuni para penerima.

Abidin yang ditemui media  pada majlis itu, berterima kasih atas penganjuran program khususnya melibatkan penerima dari DUN Paginatan.

“Saya mengalu-alukan program ini kerana memudahkan para penerima berurusan dengan pihak bank khusunya BSN tanpa beratur panjang dan menunggu terlalu lama.

“Ini merupakan satu inisiatif baik yang dilakukan oleh pihak penganjur sebagai antara langkah menyelasaikan kesesakan di bank.

“Untuk memudahkan urusan pada masa akan datang, saya menyarankan kepada penerima yang mempunyai akaun bank agar mengemaskini akaun bank mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya bantuan dapat disalurkan secara terus.

“Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun tetapi layak menerima BPN, hendaklah membuka akaun bank,” ujarnya.

Sebahagian penerima berurusan dengan kaunter BSN pada program itu

Abidin yang juga ADUN Paginatan, turut mencadangkan kepada pihak bank berkenaan agar mengadakan  pembayaran  seumpama itu  secara ‘Turun Padang’, sekurang-kurangnya di peringkat mukim.

Jelasnya, langkah itu bagi memudahkan para penerima berurusan dengan lebih cepat selain tidak membebankan mereka terutama kos perjalanan untuk turun ke pekan.

Abidin juga berharap agar para penerima memanfaatkan bantuan itu bagi meringankan beban yang dihadapi ketika  masih berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau selaku penyelaras majlis, Syahrin Samsir yang turut ditemui memberitahu, inisiatif tersebut membolehkan proses penerimaan oleh mereka yang layak menjadi lebih lancar, cepat, dan teratur.

Menurut Syahrin, kebanyakan penerima yang berurusan di Dewan Masyarakat Ranau itu, adalah mereka yang tidak mempunyai buku akaun bank selain dapat membuat semakan status permohonan BPN  masing-masing kepada pihak LHDN.

“Sebelum DUN Paginatan, proses yang sama melibatkan 865 penerima dari DUN N.36 Kundasang dan 612 penerima DUN Karanaan, telah dilaksanakan pada 24 dan 25 Febuari lalu melibatkan jumlah keseluruhan penerima (3 DUN) adalah 2,139 orang,” jelas Syahrin.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN