26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Abdul Ghani tinjau jambatan sementara sungai Lumiri

Ghani bersama rombongan semasa meninjau jambatan laluan sementara yang sudah siap dibina. 

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin tinjau jambatan laluan sementara sungai Lumiri yang dibina atas usaha Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Jambatan laluan sementara itu dibina berikutan jambatan sedia ada  yang hanyut akibat banjir di kawasan itu beberapa bulan lepas.

Ghani yang juga Pengerusi LKTNS  bersama rombongan pengurusan LKTNS meninjau jambatan laluan sementara itu pada Rabu sempena lawatan kerja di Ladang LKTNS Lumiri Nabawan.

Beberapa penduduk yang temui melahirkan rasa gembira dan ucapkan terima kasih kepada ADUN Nabawan itu dan pengurusan LKTNS kerana mengatasi masalah berkenaan.

Walau bagaimanapun ada dua buah jambatan lagi yang perlu dibina sebelum sampai ke Kampung Pengaraan.

Penduduk di kawasan itu berharap kontraktor yang sedang menyelanggarakan jalan ke Pengaraan membina jambatan yang dimaksudkan dengan segera bagi memudahkan kenderaan melaluinya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN