Abdullah Izhar menyampaikan sumbangan kepada Aidah sambil diperhatikan Simsudin ( kanan sekali)
LABUAN: Setiausaha Politik (SuPol) kepada Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Mohamed Yusof menyantuni tiga pesakit kronik menerusi Program Ziarah Kasih MADANI sempena lawatan kerja beliau ke Labuan Ahad lalu.
Ketiga tiga pesakit yang santuni mebabitkan pesakit dari Kampung Lubok Temiang, Pantai dan Kampung Durian Tunjong.
Turut mengiringi Abdulah Izhar ialah Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan yang juga Ketua Cabang PKR Labuan Samsudin Sidek dan barisan kepimpinan parti PKR Labuan.
Samsudin berkata, tiga penerima yang disantuni itu ialah Suhaili Jaffar dari Kampung Durian Tunjong, Norandi Md. Hussin dari Kampung Lubok Temiang dan Aidah Ali dari Kampung Pantai.
Katanya, program tersebut bertujuan mendekati masyarakat yang berdepan ujian kesihatan menerusi pemberian sumbangan asas dan sokongan moral kepada pesakit serta ahli keluarga.
“Kunjungan ini turut memberi ruang kepada pemimpin masyarakat untuk mendengar sendiri keadaan dan keperluan pesakit, sekali gus memahami cabaran yang dihadapi mereka dalam kehidupan seharian”, katanya.



