Barang dan peralatan yang dirampas- foto: Polis Ranau
RANAU: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki barang curi dan peralatan yang dipercayai boleh digunakan untuk kegiatan pecah rumah dalam rondaan cegah jenayah di daerah ini, pada 19 Okttober.
Ketua Polis Daerah Ranau, Supt. Mursalin Mahmud berkata, kedua-dua suspek ditahan anggota Balai Polis Ranau ketika menjalankan rondaan sebelum pemeriksaan terhadap kenderaan yang digunakan mereka dilakukan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu menemukan 10 keping tembaga, sebilah parang, dua alat pemotong besi, seunit playar muncung tirus, seunit playar pengunci dan dua pasang sarung tangan.
Menurutnya, kenderaan berkenaan didapati disewa dari daerah Penampang.
“Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah, dadah serta trafik,” katanya dalam kenyataan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 22A dan Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Mursalin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kedua-dua suspek terbabit dalam kes pecah rumah atau jenayah lain, khususnya melibatkan harta benda, yang berlaku di daerah Ranau.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama dan keprihatinan dalam membantu pihak polis menjaga keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.
Katanya, IPD Ranau akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang dan menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak berkuasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau menerusi talian 088-875222. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Dua lelaki ditahan di Ranau, polis rampas tembaga dan peralatan pecah rumah
RANAU, 20 Okt (Bernama) – Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki barang curi dan peralatan yang dipercayai boleh digunakan untuk kegiatan pecah rumah dalam rondaan cegah jenayah di daerah ini, pada 19 Okt.
Ketua Polis Daerah Ranau, Supt. Mursalin Mahmud berkata, kedua-dua suspek ditahan anggota Balai Polis Ranau ketika menjalankan rondaan sebelum pemeriksaan terhadap kenderaan yang digunakan mereka dilakukan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu menemukan 10 keping tembaga, sebilah parang, dua alat pemotong besi, seunit playar muncung tirus, seunit playar pengunci dan dua pasang sarung tangan.
Menurutnya, kenderaan berkenaan didapati disewa dari daerah Penampang.
“Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah, dadah serta trafik,” menurut kenyataan polis.