ADVERTISEMENTspot_img

Tiara Labuan Hotel perkukuh hubungan strategi bersama pengamal media Labuan

Pengamal media bersama pengurusan Tiara Labuan Hotel.

LABUAN: Tiara Labuan Hotel terus memperkukuhkan hubungan strategik bersama pengamal media terutamanya yang bernaung di bawah Persatuan Penggiat Media Labuan.

Usaha memperkukuhkan hubungan strategik itu diungkapkan oleh Pengurus baharu Tiara Labuan Hotel Helen Kanja pada majlis Suai Kenal Media bersama Pengurus Baharu Tiara Labuan Hotel yang diadakan di salsh satu restoran hotel berkenaan baru baru ini.

Helen krtika berucap pada majlis itu berkata selain memperkukuh hubungan strategik, pertemuan itu juga sebagai platform untuk kedua dua pihak bertukar tukar pandangan berkaitan industri pelancongan dan perhotelan yang boleh dipromosikan bagi meningkatkan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

Helen berkata, Tiara Labuan Hotel yang bertaraf lima bintang dengan slogan “Exceptional Service, Affordable Prices”, menyediakan perkhidmatan bertaraf tinggi pada kadar harga yang berpatutan bagi memperkukuh daya saing industri hospitaliti Labuan, di samping memenuhi keperluan pelancong, pemain industri serta masyarakat setempat.

Hadir sama, Pengarah Urusan Hotel Tiara Labuan, Chai Tze Khee.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN