Junaidah menerima cenderahati daripada Japar pada majlis kunjungan hormat tersebut.
LABUAN: Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd, Datuk Japar Estaban di pejabatnya baru baru ini.
Junaidah berkata kunjungan hormat tersebut bertujuan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan pemain industri minyak dan gas, selain membincangkan isu isu berkepentingan bersama antara kedu dua agensi.
Menurut Junaidah, sesi libat urus yang berlangsung di ASB ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan aktiviti perdagangan dan operasi industri, di samping berkongsi maklumat berhubung aspek penguatkuasaan serta pematuhan perundangan di bawah bidang kuasa KPDN.
“Saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara sektor awam dan industri merupakan elemen penting dalam memastikan pembangunan industri yang mampan, berdaya saing dan mematuhi keperluan peraturan yang ditetapkan”, katanya.
Sementara itu, ASB komited untuk terus menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkukuh ekosistem industri minyak dan gas negara.
Japar turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi kemajuan industri minyak dan gas serta pembangunan ekonomi negara.



