ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan lancar Jentera R10 BN tanda bermulanya gerak kerja memenangi hati rakyat.

Mohd Rafi tengah bersama Jentera R10 BN yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan telahpun melancarkan Jentera R10 Barisan Nasional (BN)sebagai persedian menghadapi Piliharaya Umum (PRU16) yang akan datang.

Majlis pelancaran yang melibatkan hampir 400 petugas jentera R10 itu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja UMNO (AMT), Datuk Mohd Rafi Ali Hassan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Pelancaran yang turut dihadiri pemimpin pengurusan tertinggi UMNO Bahagian Labuan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Ketua Ketua Cawangan adalah sebagai persedian UMNO dan BN Labuan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 yang dijangkakan berlaku pada bila bila masa.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, berkata Pelancaran Jentera R10 tersebut bukan sekadar mengimpunkan ahli dan penyokong parti sebagai simbol perpaduan tetapi ia merupakan kesiapsiagaan jentera parti UMNO termasuk parti parti komponen BN mengerakan gerak kerja yang lebih tersusun dan menyeluruh bagi dalam mendekati rakyat sekaligus memastikan kemenangan berpihak kepada calon BN bagi kerusi Parlimen P166 Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kekuatan sebenar BN bukan hanya terletak pada parti, tetapi pada kesatuan hati, disiplin jentera dan keikhlasan perjuangan untuk membantu rakyat. Sebab itu slogan ‘Satu Pasukan, Satu Matlamat, Satu Kemenangan’ perlu diterjemahkan melalui tindakan dan gerak kerja bersama,” katanya.

Beliu yakin penubuhan Jentera R10 mampu memperkukuhkan gerak kerja di setiap peringkat selain memperkemaskan strategi bagi memastikan suara dan keperluan rakyat Labuan sentiasa diberi perhatian.

Sementara itu kataya kebangkitan Rumah Bangsa UMNO di Labuan semakin dirasai
apabila rakyat terus menunjukkan keyakinan dan sokongan terhadap perjuangan parti keramat ini.

Beliau menegaskan bahawa UMNO akan terus menjadi wadah penyatuan bangsa demi kestabilan politik, pembangunan rakyat dan masa depan Labuan yang lebih sejahtera.

Katanya lagi, semangat kebersamaan, kerja keras dan pengorbanan seluruh pasukan, menyemarakkan gelombang kebangkitan UMNO di bumi Labuan sekaligus mampu membawa sinar kemenangan BN di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN