ADVERTISEMENTspot_img

Gagasan Rumah Bangsa Dapat Sambutan Luar Biasa di Labuan

Mohd Rafi bersama barisan kepimpinan UMNO Cawangan Ramsey

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menzahir rasa syukur melihat sambutan luar biasa rakyat Labuan terhadap gagasan Rumah Bangsa dan ini sekaligus mencerminkan gelombang keyakinan rakyat terhadap parti keramat orang Melayu semakin meningkat.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pusat berkata sambutan semakin memuncak apabila ramai bekas pemimpin dan ahli UMNO yang pernah membawa haluan masing-masing kini mula kembali mendekati UMNO serta menyatakan hasrat untuk kembali ke pangkuan perjuangan parti keramat ini”, katanya ketika berucap pada persidangan tahunan UMNO Cawangan Ramsey di sini, pasa Sabtu.

Jelas beliau sambutan luar biasa itu membuktikan bahawa UMNO masih menjadi rumah perjuangan terbesar orang Melayu dan rakyat yang mahukan kestabilan politik, perpaduan serta masa depan yang lebih terjamin untuk negara,

“Kita tidak boleh terus berpecah sehingga melemahkan kekuatan bangsa dan rakyat. Sudah tiba masanya seluruh kekuatan disatukan semula demi memastikan agenda pembangunan rakyat dan kestabilan negara terus dipertahankan”, katanya.

Mohd Rafi berkata, UMNO Bahagian Labuan sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka yang ikhlas mahu kembali berjuang bersama parti.

” Kita mahu membina kekuatan baharu yang lebih matang, lebih bersatu dan lebih dekat dengan denyut nadi rakyat dan saya yakin, gelombang kebangkitan UMNO di Labuan semakin dirasai”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN