ADVERTISEMENTspot_img

PGRS Api-Api Sokong Cadangan Penstrukturan Semula Bahagian Parti

Faisyal Diego

KOTA KINABALU,: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Api-Api menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan penstrukturan semula bahagian parti yang dilihat mampu memperkukuh organisasi serta meningkatkan keberkesanan pentadbiran di semua peringkat.

Ketua Bahagian PGRS Api-Api, Datuk Haji Faisyal Diego berkata, cadangan menyusun semula bahagian parti daripada 73 kepada 25 bahagian merupakan langkah strategik bagi memperkemas penyelarasan kepimpinan dan memperkukuhkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, langkah berkenaan juga diyakini dapat mewujudkan struktur organisasi yang lebih tersusun, dinamik dan responsif terhadap keperluan semasa rakyat serta cabaran landskap politik masa kini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Bahagian PGRS Api-Api yang diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa pada Isnin.

“Dalam mesyuarat tersebut, semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian sebulat suara bersetuju dan menyokong cadangan penstrukturan semula ini sebagai usaha memperkukuhkan lagi organisasi parti,” katanya.

Pada masa sama, PGRS Bahagian Api-Api turut merakamkan sokongan dan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Menurut kenyataan itu, kepimpinan beliau terus memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik negeri selain memacu pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Sabah.

PGRS Api-Api turut menegaskan komitmen untuk terus berdiri teguh bersama kepimpinan parti dalam memperkukuhkan perpaduan, kestabilan politik serta pembangunan negeri demi kepentingan rakyat Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN