25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan periksa 17,428 premis sepanjang 2025

Junaidah bersama Pegawai Penguatkuasa ketika membuat pemeriksaan di premis perniagaan sekitar bandar Labuan

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan sebanyak 17,428 pemeriksaan premis perniagaan sepanjang tahun 2025.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 131 kes tindakan penguatkuasaan telah diambil tindakan merangkumi pelbagai akta.

Beliau berkata daripada kesekuruhan kes tindakan itu, 68 kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011, 39 kes di Bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, 11 kes lagi melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961, 7 kes di Bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan 6 kes penguatkuasaan di bawah Akta Perihal dagangan 2011.

“Untuk tempoh yang sama KPDN Labuan juga merekodkan nilai rampasan bernilai RM 260,041.32, manakala kompaun sebanyak RM71, 300 dan denda yang berjaya dikutip berjumlah RM 123,500.00.”, katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Menurut Junaidah, KPDN Wilayah Persekutuan Labuan turut melaksanakan pendekatan penguatkuasaan secara seimbang yang merangkumi tindakan penguatkuasaan berasaskan undang-undang serta sesi advokasi dan turun padang bersama anggota penguat kuasa.

Katanya, pendekatan ini bertujuan memberi pendedahan, pendidikan dan bimbingan kepada peniaga agar lebih memahami serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Senentara itu, beliau turut menegaskan pemaparan tanda harga merupakan keperluan asas dalam urus niaga kerana ia membolehkan pengguna membuat perbandingan harga secara telus, mengelakkan kekeliruan serta melindungi hak pengguna daripada amalan pencatutan dan manipulasi harga.

Justeru beliau mengingatkan peniaga supaya memastikan semua barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dipamerkan dengan tanda harga yang jelas, mudah dibaca dan tepat.

“Selain itu, para peniaga juga disaran agar sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik, termasuk tidak menyorok atau menyeleweng barang kawalan bersubsidi serta tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati, bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka”, jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN