24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lawrence Letak Jawatan

Lawrence (kanan) menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Gusdur.

KENINGAU: Seorang Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Keningau Lawrence Sirut @ Mohd Sardon letak jawatan.

Menurut Lawrence, beliau meletakkan jawatan sebagai AJK PKR Cabang Keningau kerana ingin menumpukan perhatian kepada penjagaan keluarga.

“Saya menumpukan perhatian kepada keluarga dan menjaga anak yang memerlukan penjagaan atas faktor kesihatan” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Walau bagaimana pun Lawrence memberitahu, beliau masih kekal sebagai ahli PKR.

“Selain menumpukan perhatian kepada keluarga, saya sukar menjalankan tanggungjawab sebagai AJK Cabang Keningau kerana akan berhijrah ke daerah lain” jelas Lawrence.

Terdahulu Lawrence menghantar surat perletakan jawatan AJK PKR Cabang Keningau kepada Setiausaha Cabang Mohd Sakirin Bin Abdul Aziz.

Surat perletakan jawatan beliau diterima oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Keningau Gusdur Datuk Dr Sangkar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN