ADVERTISEMENTspot_img

Parti Impian Sabah akan tanding di semua 73 DUN dalam PRN ke-17 Sabah

BAKAL CALON PIS… Abel (kiri) Rakman (duduk kanan) khusuk mendengar Michel berucap di majlis itu.

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN ABDUL JALIL MADARIN

TANDEK: Parti Impian Sabah (PIS) mengumumkan akan bertanding di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya Negeri ke 17 yang akan diadakan dalam tempoh berapa bulan lagi.

Presidennya Michel Alok berkata sudah menjadi lumrah politik di negara ini setiap parti yang baharu sudah pasti mempunyai matlamat atau agenda untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu jika mendapat mandat dari rakyat pada pilihan raya nanti.

Jelasnya, apabila Parti Impian Sabah ditakdirkan membentuk kerajaan negeri, Ahli Majlis Tertinggi PIS tentunya mempunyai agenda ubtuk membangunkan negeri ini dan menjaga kebajikan rakyat.

” PIS seperti juga parti yang lain yang sudah menjadi kerajaan dan memimpin Sabah tentu mempunyai pelbagai hala tuju untuk negeri dan rakyat,” tegasnya.

Michel berkata, apa pun PIS serahkan kepada kebijaksanaan rakyat jelata bagi menentukan hak mereka, calon dan parti mana yang mereka angkat sebagai kerajaan yang memerintah negeri Sabah nanti.

Tambahnya, PIS telah meyediakan manifesto dan ianya akan diedarkan oleh semua calon PIS yang bertanding di kawasan masing-masing bagi memberi kefahaman jelas kepada para pengundi bahawa PIS bukan menonjol ibarat cendawan tumbuh di musim hujan sebaliknya PIS ditubuhkan sebagai Parti Impian Anda dan misi kami “ Bersatu Bangkit Bersinar” adalah pemimpin yang boleh dipercayai dan berintegriti tinggi.

Michel yang juga pengasas Parti Impian Sabah antara lain berkata demikian di Majlis Kejohanan Bola Sepak Lelaki Sembilan Sebelah di Padang Permainan Kampung Tangkol dekat sini baru-baru ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Bahagian Parti Impian Sabah Bahagian Tandek, Abel Pangair berkata, program sukan sama ada bola sepak, takraw, bola tampar dan sebagainya bukan baru diperkenalkan oleh PIS malah sejak beberapa tahun lepas.

UNTUK PEMUDA… Michel, Rakman dan Abel menyerahkan dua set jersey bola sepak kepada Pemuda PIS Tangkol sambil mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian para pemain dan jawatankuasa penganjur.

” Kita telah menjelajah ke beberapa kawasan dalam Dun Tandek menganjurkan kejohanan sukan, menziarahi rakan-rakan yang sakit menghulurkan sumbangan akibat bencana alam yang bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluagaan, persahabatan dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Katanya beliau juga sentiasa mendengar permintaan dari rakan-rakan diperingkat akar umbi perlunya diadakan pelbagai aktiviti untuk membolehkan kita sentiasa bersama walau pun Parti Impian Sabah belum lagi menjadi tonggak kerajaan negeri ini namun memperkukuhkan persahabatan itu merupakan budaya kita turun temurun.

Abel yang juga akan menjadi calon Parti Impian Sabah pada pilihan raya negeri Sabah ke 17 bagi Dun Tandek menghuraikan empat agenda penting untuk difahami oleh rakyat iaitu Kekuatan, kelemahan, Ancaman dan Cadangan.

Sehubungan itu, Abel mengajak rakan-rakan seperjuangan semua agar kita teruskan perjuangan untuk memperkasakan lagi Parti Impian Sabah sebuah parti politik baharu yang mahukan pelbagai perubahan sehinggalah kita benar-benar dapat menafaatkan misi Parti Impiian Sabah “Bersatu, Bangkit dan Bersinar”

Di majlis itu, Michel, Rakman dan Abel menyampaikan dua set jersi bola sepak kepada Ketua Pemuda PIS Kampung Tangkol Romme Jior.

Hadir sama, Timbalan Presiden Parti Impian Sabah kouta Muslim, yang juga Pengerusi Jentera Pilihan Raya PIS seluruh Sabah, Rakman Sakmat, Pengerusi penganjur program yang juga Ketua Bahagian Parti Impian Sabah Bahagian Tandek Risot Basinau, Ketua Pemuda PIS Kampung Tangkol, Romme Jior dan Timbalan Ketua Pemuda PIS Bahagian Tandek Anddo Nafrry.

Turut hadir, Ketua PIS PDM Marak Parak Yahya Kumpani, Ketua PIS PDM Sunsui, George Bulagoi, Ketua PIS PDM Tagibang Jos Rukimin, Encik Naffry dan masyarakat setempat yang hadir di majlis itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN