Asmin (kanan) ketika menyampaikan Ceramah Motivasi.
RANAU: Para belia disaran agar bijak memanfaatkan masa usia muda mereka dengan menyertai program atau aktiviti positif dan berfaedah.
Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Karanaan, Asmin Nasir berkata, sebagai golongan belia yang bakal menerajui kepimpinan keluarga dan masyarakat pada masa akan datang perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berfaedah yang kelak boleh meletakkan diri mereka sebagai anggota masyarakat yang berguna dan berwawasan selaras dengan tema program “Belia Berwawasan Komuniti Gemilang”
Asmin yang juga seorang Peguam menyatakan demikian dalam Ceramah Motivasinya kepada lebih 40 orang belia yang menyertai program Perkhemahan Belia di perkarangan Taman Rekreasi Aki Atoh Kg.Tungou terletak kira-kira 22.5 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini.
“Percaya diri sendiri dan fokus kepada kekuatan diri serta tidak mudah putus asa (never Give up) juga amat penting pada setiap individu belia, selain bekerja keras, kurang bercakap tapi banyak bekerja serta bersyukur dan redha”,tegas Asmin yang juga Ahli Jawatankuasa PBT Majlis Daerah Ranau (MDR).

Wasili@Badin Idang (kiri) mewakili Jahinin, menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang acara yang dipertandingkan
Menurunya lagi, belia Ceria, Bersyukur dan Beriman juga menjadi kunci utama kejayaan dalam hidup yang gemilang.
“Saya tambah lagi Tema prodgram ini ialah, Belia Berwawasan Ko uniti Gemilang,” Bina Perpaduan , Jalin Ukhuwah Cipta Kenangan”, kata Asmin.
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang dua hari (7-8 Jun) perkhemahan itu, selain Ceramah Motivasi Pertandingan Melastik, Persembahan Kebudayaan, Berenang/menyelam (Mintolop), Larian Malam (Segindai-Minisawang) dan Pertandingan Masakan Rimba juga telah diadakan.
Pengerusi Jawatankuasa penganjur program itu, encik Hazrin@Idan Bin Jurus ketika ditemui, mengharapkan perkhemahan yang julungkali itu mampu membina keyakinan dan jati diri belia, memupuk semengat berpasukan dan berdikari selain menyemai nilai kerjasama serta sahsiah para peserta.
Hadir sama pada program itu ialah, Pengusaha Taman Rekreasi Aki Atoh, encik Jahinin Bin Kasim.



