Ibadah korban yang melakukan penyembelihan luar mengikut prosedur yang ditetapkan JPV.
LABUAN: Pelaksanaan Ibadah Korban yang mendapat permit penyembelihan luar daripada Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) Labuan telah mematuhi Prosedur Operasi Standart SOP) yang ditetapkan oleh jabatan itu.
Sebanyak 103 haiwan ternakan kerbau, lembu dan kambing disembelih sepanjang ibadah korban yang dilaksanakan di pulau ini.
Daripada jumlah tersebut, 29 permit melibatkan 79 ekor ternakan korban untuk penyembelihan luar, manakala 24 ekor disembelih di Rumah Sembelihan Ruminan JPV.
Sementara itu, pegawai JPV Labuan turun padang bagi memantau perlaksanaan ibadah korban di beberapa lokasi yang ditetapkan.
Menurut pegawai JPV, hasil pemantauan mendapati pihak pengurusan ibadah korban menepati garis panduan yang telah ditetapkan.
Selain itu, haiwan yang dikorbankan turut memiliki sijil kesihatan Veterinar (SKV) yang telah disahkan.



