ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nawaban sumbang 11 ekor lembu korban untuk masjid dan surau

Jabat mewakili ADUN Nabawan menyerahkan lembu korban kepada penerima.

NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyumbang 11 ekor lembu korban untuk masjid dan surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Penolong Pembangunan Daerah Nabawan Jabat Majilon kepada semua wakil masjid dan surau berkenaan.

Menurut Jabat, sumbangan lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aifiladha adalah acara tahunan ADUN Nabawan.

Katanya, sumbangan lembu korban ini akan dikendalikan oleh pengurusan masjid dan surau masing-masing untuk diagih-agihkan kepada jemaah.

Jabat yang juga Bendahari Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, beliau mewakili seluruh pengurusan masjid dan surau di kawasan DUN Nabawan menyampaikan ucapan terima kasih kepada ADUN Nabawan atas sumbangan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN