ADVERTISEMENTspot_img

Kerap tukar kerajaan punca negeri mundur, kata Harun

DUIT RAYA…Sambil disaksikan dari kiri Suriati, Fatimah, Mariam dan yang lain, kelihatan Harun (kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang warga emas lelaki.- FOTO A.JALIL MADARIN.

PITAS: Pertukaran kerajaan di negeri ini akan mengakibatkan kemajuan pembangunan di negeri ini akan terus terbantut dan lambat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corportion Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Haji Harun Haji Ismail berkata pemerintahan kerajaan negeri Sabah terdahulu berada dilandasan yang sederhana tetapi maju dalam beberapa sektor namun, apabila kerajaan bertukar tangan sudah tentu pembangunan negeri akan terjejas.

“Kekerapan pertukaran kerajaan adalah tidak baik malah akan menjejaskan kemajuan pembangunan negeri ini, katanya.

Harun berkata bayangkan bagaimana perancanggan yang disusun oleh sesebuah kerajaan negeri itu jika pertukaraan kerajaan bertukar sehingga enam kali dengan jumlah Ketua Menteri melebihi 10 orang.

“Sabah adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang Ketua Menteri nya paling ramai terdapat juga dua orang Ketua Menteri bergilir dalam satu penggal, ” Sebelum ini

Justeru, kata Harun apabila kerajaan sering bertukar ganti, Ketua Menteri bertukar, Pengarah atau Pegawai-Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan, perindustrian dan sebagainya pun bertukar dan apabila tidak ada kesinambungan setiap projek yang dirancang lebih awal sudah pasti membawa kelewatan untuk membangunkan negeri ini.

RINGANKAN BEBAN.. Isteri Harun iaitu Mariam (kiri) meyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang warga emas perempuan.-AJM

” Kekerapan pertukaran inilah yang menjejas dan membantutkan pembangunan di negeri ini membuatkan Sabah masih mundur.

Beliau mengambil contoh projek lebuh raya “Pan Borneo” dimana kerajaan Pusat telah memperuntukkan dana ke negeri Sabah dan Sarawak serentak untuk tujuan tersebut, hasilnya Pan Borneo di Sarawak sudah siap sepenuhnya manakala negeri Sabah masih jauh ketinggalan sebabnya Sabah kerap bertukar kerajaan.

Beliau menambah Sarawak satu ketika dahulu jauh ketinggalan berbanding Sabah namun atas kesepakatan para pemimpin Sarawak yang hanya mempunyai satu kerajaan dan Ketua Menterinya pun hanya berganti melalui kerajaan yang sama membolehkan Sarawak terus membangun maju dan berdaya saing.

Tegas Harun, Sabah walau pun kaya dengan pelbagai sumber asli seperti minyak, gas, mineral, arang batu, perikanan dan pertanian, Sabah ada gunung Kinabalu, pusat peranginan yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara namun, jika kerajaan sering bertukar ganti amat sukar untuk merancang pembangunan yang berterusan

Dalam hubungan ini beliau
menyeru seluruh rakyat di kawasan ini khasnya agar bersatu untuk meneruskan kerajaan yang sedia iaitu kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan kabinetnya.

” Ini kerana, sebelum kerajaan sekarang mengambil alih tampuk pemerintahan wang kerajaan negeri Sabah hanyalah sekitar RM4 bilion sahaja dan tiga tahun terakhir ini atas usaha yang sungguh-sungguh pendapatan kerajaan negeri melonjak sehingga RM7 billion, katanya.

ABADIKAN KENANGAN… Harun dan isteri menyantuni sebahagian dari masyarakat berbilang kaum yang hadir mengabadikan gambar kenangan di majlis itu.- AJM

Apa pun jelas Harun, terserah kepada rakyat negeri ini sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang atau sebaliknya namun apa yang kita harapkan politik stabil, ekonomi meningkat, pembangunan infrastuktur bertambah tentu rakyat akan hidup dalam keadaan selesa

” Kerajaan yang stabil akan membolehkan kerajaan negeri dapat ditadbir dengan padu, aman damai dan harmoni tanpa gangguan dari pihak pembangkang,” tegasnya.

Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) dan Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Sa’ab Perpaduan dekat sini baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri oleh hampir 300 orang itu menyaksikan Harun dan isterinya menghulurkan sumbangan duit raya kepada 100 orang golongan asnaf terpilih kategori warga emas, ibu tunggal, OKU dan pesakit kronik.

Hadir sama isteri Harun Datin Hajah Siti Mariam Wong, Ahli Jawatankuasa PGRS Bahagian Pitas merangkap Penyelaras Program Malai Saharuddin Malai Ahmat, JPKK merangkap Pengerusi penganjur Fatimah Halim, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Pitas Ariffin Matasin, Naib Ketua Wanita PGRS Pitas Puan Suriati.

Turut hadir, Pegawai Khas kepada Datuk Harun, Abdul Majid Tarip@ Man Tar, Naib Ketua Bahagian PGRS Dun Bengkoka Nursalin Salam dan pemimpin komuniti sekitarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN