SIMSUDIN (duduk lima dari kanan) bersama barisan kepimpinan parti PKR Labuan 2025
LABUAN: Simsudin Sidek mengekalkan jawatan Ketua Cabang PKR Labuan lepas menang tanpa berbanding pada Pemilihan Parti itu baru baru ini.
Turut mengekalkan jawatan tertinggi parti itu ialah Timbalan Ketua Cabang, Adanan Mohammad Kathim, Naib Ketua Cabang, S.Rosli Matussin, Ketua Cabang Wanita, Noriha Yakup dan Haziq Roslain yang menerajui Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Sementara itu 15 AJK yang turut tidak ditandingi pada pemilihan kali ini terdiri Omar Tangkim, Sulaiman Dulih, Aw. Damit Dullah, Jamil@Roslee Kario, Suboh Duyong, Jamrah Mineh, Anus@ Anuar Maidin, Dg.Rosnah Pg.Baha, Mohd. Aliff Bakar, Rasman Abong, Puting Abd. Rahman, Mohd Rizal Abdullah, Safree Ali, Clearance Bog Yuen Siong dan Norizan Sahari.
Dalam pada itu, Simsudin menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada jawatankuasa parti yang sedia ada serta mengulangi komitmen cabang itu untuk memperkasa perkhidmatan dan perjuangan parti PKR di Labuan.
“Cabang PKR Labuan akan terus memberi fokas kepada penglibatan akar umbi, pembangunan belia dan pemerkasaan wanita selaras dengan agenda pembangunan parti.”, katanya di sini kelmarin.



