ADVERTISEMENTspot_img

Budget 2025: Kerajaan Persekutuan terus prihatin dengan pembangunan Sabah dan Sarawak- Mohd Rafi.

LABUAN:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi  Datuk Ali Hassan berkata, pengumuman budget 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang kalmarin pastinya memberi impak positif kepada Negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kerana katanya,  Sabah dan Sarawak terus  menerima peruntukan pembangunan paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu Sabah menerima RM6.7 bilion dan Sarawak RM5.9 bilion.

“Ini membuktikan keprihatinan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memahami akan keperluan pembangunan infrastruktur dan keperluan asas di Sabah yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri negeri di Semenanjung.

“Saya berharap segala peruntukan yang diberikan dapat menyelesaikan keperluan keperluan mendesak yang selama ini memberi kesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya yang membabitkan jalan raya dan bekalan air bersih”, katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan kepada media selepas pembentangan budget 2025 di Parlimen kelmarin.

Jelas Mohd Rafi, sebagai rakyat di Borneo, kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang sentiasa prihatin dan melihat rakyat di negeri ini (Sabah & Sarawak) secara dekat walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Dalam waktu yang sama Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan turut mengharapkan Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan peruntukan khusus kepada  Labuan bagi menyelesaikan beberapa isu kritikal terutamanya membabitkan masalah air dan tenaga elektrik.

“Labuan yang sebahagian Wilayah Persekutuan sejak tahun 1984  mengharapkan  Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat   menyelesaikan segera masalah bekalan air dan tenaga elektrik  yang membelengu rakyat Labuan sejak sekian lama.

Jelasnya, peruntukan RM300 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan tahun lalu belum dilaksanakan sepenuhnya.

“Saya berharap Jabatan Wilayah Persekutuan serta beberapa agensi yang berkaitan terus  menyuarakan untuk memberikan keutamaan dalam menyelesaikan masalah rakyat” katanya.

Penyelesaian masalah asas ini bukan sahaja akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di pulau ini, tetapi juga memberi impak yang tinggi kepada pelabur untuk  melabur di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN