ADVERTISEMENTspot_img

100 anak yatim  dan asnaf terima duit raya dari MPM Sdn. Bhd.

SERAH… Pactrik bersama Idjal menyampaikan sumbangan kepada salah seoran kanak kanak kurang bernasib baik.

LABUAN: Seramai 100 anak yatim dan asnaf dari sekitar Labuan menerima duit raya sempena  Rumah Terbuka Aidilfitri pengendali pelabuhan kontena Mega Port Management (MPM) Sdn. Bhd. yang diadakan di ruang terbuka pejabat MPM Sdn. Bhd.,  pusat bandar di sini, pada Sabtu.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh  Ketua Pegawai Operasi MPM Sdn. Bhd, Datuk Seri Pactrik Tiong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPM Sdn. Bhd, Ijal Tahir.

Sementara itu, lebih 1,000 warga Labuan yang terdiri pelbagai kaum hadir untuk memeriahkan Rumah Terbuka tersebut.

Menurut Idjal, majlis rumah terbuka itu  merupakan tradisi tahunan dan program tanggung jawab sosial (SCR) syarikat itu.

Anak Yatim dan asnaf yang hadir bergambar kenangan bersama pihak pengurusan MPM Sdn. Bhd

Beliau berkata, pada tahun ini MPM lebih proaktif dengan lebih banyak program bersama masyarakat melalui program CSR  termasuklah penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.

Katanya, pelabuhan kontena Labuan  mempunyai ramai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, dewan dewan perniagaan, pemain industri logistik dan perkapalan.

“Oleh yang demikian, penganjuran majlis ini adalah perlu bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim, samada dikalangan pemain industri mahupun pegawai kerajaan” katanya.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN