BINTANG…. Rozman (tengah) bersama bekas pemain Labuan yang pernah berkasi mewakili pasukan Sabah di Kejohanan Bola Sepak Piala Maysia era tahun 80an. Kelihatan sama legenda bola sepak negara Datuk Hassan Sani (kiri sekali) dan Sophian tiga kiri)
LABUAN : Penaung Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) Datuk Rozman Isli yakin LAFA yang kini dibarisi kepimpinannya yang lebih bertenaga serta mendapat sokongan beberapa bekas pemain Labuan yang pernah mewakili pasukan Sabah dalam Liga Piala Malaysia awal tahun 80an mampu mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Labuan.
Rozman berkata demikian dalam satu majlis Kunjungan Hormat bekas pemain bola sepak Labuan era 80an yang pernah mewakili Sabah di Kejohanan Piala Malaysia di kediamannya di Jalan Tanjung Bendera, pada petang Selasa.
Antara mereka yang hadir dalam kunjungan hormat itu ialah legenda bolasepak negara, Datuk Hassan Sani yang juga Penasihat LAFA, Dul Alias, Rashid Piut, Longinus Pius, Teo Boon Hock, Junaidi Tuah dan Ramlan Silamat.
Hadir sama, Presiden LAFA, Sophian Said, Naib Presiden LAFA, Mohd Zamri Tuah, mantan Presiden LAFA, SK Tan dan beberapa AJK LAFA yang lain.
Rozman berkata pemain Labuan yang pernah berada di bawah Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) merupakan antara pemain terkenal dalam era bola sepak Malaysia pada tahun 1980-an.
Justeru itu, Rozman yang juga Ahli Parlimen Labuan berharap, LAFA bersedia merancang pelbagai program dan inisiatif pembangunan bola sepak bagi melahirkan lebih ramai pemain yang berpotensi dan berkulaiti.
“Kita perlu tanamkan azam untuk melahirkan pemain muda yang berkualiti dan mampu mencapai pemain bola sepak Labuan yang berprestij seperti legenda bola sepak negara Datuk Hassan Sani, Ahmad Hazwan Bakri yang kini bermain untuk pasukan JTD serta beberapa pemain bola sepak Labuan yang pernah beraksi di kejohanan Piala Malaysia mewakili pasukan Sabah pada era 80an” katanya.

UCAPAN…Rozman ketika berucap pada majlis kunjungan hormat tersebut.
Bagaimanpun jelasnya, beliau percaya pendamik COVID 19 yang masih melanda negara sedikit sebanyak telah membatutkan usaha LAFA mengadakan beberapa program yang telah dirancang.
Sementara itu, Sophian berkata LAFA sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai pemain muda menerusi pembangunan bola sepak yang telah dirancang sebelum ini.
“Usaha itu telahpun menampakkan hasil apabila beberapa pemain muda Labuan yang dibawah bimbingan LAFA telah dipanggil oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk menjalani latihan bersama pemain pemain muda Sabah bagi memilih pemain Sabah FC Bawah 19 dan Bawah 21.
“Malah beberapa pemain yang dipanggil itu membuktikan kesungguhan mereka apabila telahpun dipilih mewakili pasukan Sabah FC (B-19 dan B 21” katanya.
Lebih memberangskan lagi kata Sophian, salah seorang daripada mereka iaitu Mohd Nureizkhan Isa Japar yang sebelum ini menjalani latihan di bawah pasukan Piala Presiden (B-21) telahpun diserapkan ke dalam pasukan Senior Sabah FC untuk berkasi di Kejohan Liga Super 2021.
“Terbaru dua lagi pemain muda Labuan yang turut diapanggil menjalani latihan kendalian SAFA telah menandatangani kontrak mewakili pasukan Sabah FC B-19 iaitu Mohd Syahmi Idris dan Md Joe Radwill Sunardi.
Sebelum ini seorang lagi pemain muda Labuan, Mohd Sofian Razali telahpun diserapkan mewakili pasukan Sabah FC Bawah 21.
Beliau berkata ramai lagi pemain muda Labuan yang menyinar akan digilap oleh LAFA.
Pertemuan kunjungan hormat itu diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa yang dihoskan oleh Rozman di salah sebuah restoran berdekatan kediamannya.



