SUMBANGAN….. Sauziah Mainin (kanan) wakil Pejabat Pusat Khidmat Rakyat parlimen Ranau, menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Kg.Napong 1.
RANAU: Sebanyak 91 buah Surau dan 40 buah Masjid di daerah ini, menerima sumbangan berupa buah kurma berserta wang tunai sempena Ramadan daripada Dana Parlimen Ranau.
Semua sumbangan tersebut adalah dari Dana Ahli Parlimen atas keprihatinan Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin sebagai antara inisiatifnya menyantuni masyarakat Islam yang sedang mengerjakan Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Dominik Bin Kasuman (kanan) mewakili pejabat Pusat Khidmat Rakyat parlimem Ranau menyampaikan dumbangan.
Sumbangan itu telah dihantar ke masjid dan surau setiap kampung oleh pasukan Sukarelawan Parlimen Ranau yang mewakili Jonathan menyampaikan sumbangan.
Ramai Pengerusi Surau dan Masjid yang sempat ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Jonathan kerana kesudian dan keprihatinannya menghulurkan sumbangan itu.
“Kami amat berterima kasih atas sumbangan ikhlas Jonathan dan yang patut dicontohi para pemimpin yang lain”,jelas salah seorang penerima.
           Â