25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

752 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta dikeluarkan di Labuan sejak PKP Mac 2020

GAMBAR: JALUR GEMILANG….. Rithuan (empat dari kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahmad sambil diperhatikan Supian (dua dari  kiri)

LABUAN: Sebanyak 752 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta  telah dikeluarkan pihak penguat kuasa  Wilayah Persekutuan Labuan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.

Ketua Polis Daerah LabuanSuperintendan Ahmad Jawila, berkata,  kesemua kompaun tersebut telah dikeluarkan ke atas individu dan syarikat yang telah didapati melanggar SOP seperti pergerakan tanpa  tujuan (riadah tepi pantai), lebih had penumpang, gagal imbas MySejahtera dan rentas negeri tanpa permit yang sah.

“Di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan, kita (penguat kuasa) telah  mengeluarkan sebanyak 752 kompaun yang bernilai sejumlah RM1.265 juta sejak 18 Mac 2020 sehingga hari ini.

“Daripada jumlah  itu sebanyak RM346,000 telah pun dibayar  oleh mereka yang telah dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Pelancaran Simbolik Ops COVID-19 Bersepadu Pesisir Pantai dan Perairan Labuan di Pos Kawalan Ops  COVID 19 Bersepadu di Tanjung Purun pada,Isnin.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil termasuk  mengenakan  kompaun kepada individu ataupun syarikat yang melanggar  prosedur operasi standart (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

 “Kita   amat serius dalam menjalankan pelaksanaan pematuhan dan pemantauan SOP untuk melandaikan pandemik COVID-19 di Labuan,” katanya lagi.

Pada majlis itu turut diadakan penyerahan Jalur Gemilang  sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kebangsaan kepada ketua-ketua jabatan penguatkuasa dan juga media  yang terlibat dalam Ops COVID 19 Bersepadu Pesisir Pantai dan Perairan Labuan  oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa serta ketua-ketua jabatan yang terlibat dalam operasi tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN