KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini mendahului keputusan awal tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan kemenangan di 10 kerusi sehingga jam 7 malam.
Setakat 6.50 petang, kerusi yang disahkan dimenangi GRS ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi, Pintasan, Sulaman, Membakut, Karanaan, Kemabong, Sungai Manila, Apas, Sugut dan Labuk.
Parti Warisan pula meraih enam kerusi iaitu Luyang, Tanjung Aru, Elopura, Tanjung Papat, Bugaya dan Sri Tanjong.
Sementara itu, Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan awal di dua kerusi — Sekong dan Lamag.
Maklumat penuh dan keputusan terkini PRN Sabah ke-17 boleh diikuti melalui portal rasmi Sinar Harian di pautan yang disediakan.



