32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sumbangan Kelab Kebajikan 3HJ dipuji dan dihargai.

GAMBAR ATAS: Aramat berkerusi roda merakam gambar bersama Alifin (Kanan)dan  rombongan  Kelab 3HJ Ranau.

RANAU: Kelab Kebajikan 3HJ (Hidup, Harapan, Hidayah dan Jeriah) di sini, dipuji kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan khusnya golong pesakit telantar.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini 3HJ telah menyampaikan bantuan   berupa barang makanan dan wang tunai kepada dua orang pesakit telantar, Nasimin Bin Rimin 40, (pensakit lumpuh) Kg.Lohan 1, dan  Aramat Bin Mijol 70, Kg.Napong 1, yang kaki kanannya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis…menerima sumbangan bantuan sebuah Kerusi Roda.

https://www.chanteekborneo.com.my

https://www.chanteekborneo.com.my

Penasihat 3HJ, Alifin Bin Manaf ketika ditemui memberitahu, sumbangan tersebut adalah antara aktiviti Kelab berkenaan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Nasimin dan Aramat ketika ditemui masing-masing merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kelab 3HJ kerana sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mereka berdua.

Harmi juga bergambar bersama rombongan Kelab 3hj Ranau.

“Saya berterima kasih kepada pihak Kelab 3HJ kerana sudi menghulurkan bantuan berupa kerusi roda, telah membolehkan saya dapat bergerak tanpa menggunakan tongkat”, jelas Aramat. Borneo Daily Bulletin

https://belletino.com/product/mens-watches-2020-hot-deal-3/
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN