28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

65 pelajar Labuan selamat tiba kepangkuan keluarga

KETIBAAN…sebahagian daripada pelajar Labuan yang tiba di lapangan terbang Labuan, petang Sabtu.


LABUAN: Seramai 65 pelajar yang menuntut di beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk beberapa  kolej swasta selamat tiba ke pangkuan keluarga di sini, pada petang Sabtu.


Semua mereka yang menaiki penerbangan sewa khas MAS MH8784 tiba di Lapangan Terbang Labuan kira-kira jam 3.40 petang telah disambut oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan  Dr. Fary Akmal Osman.

Turut sama menunggu ketibaan pelajar itu ialah Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad, Pengarah Majlis Keselmatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari.

SARINGAN… Dr Ismuni ketika melakukan pemantauan terhadap pelajar yang menjalani saringan kesihatan sebelum di benar pulan ke pangkuan keluarga.


Mereka merupakan kumpulan  pelajar  pertama yang pulang ke Labuan, dijangka beberapa kumpulan lagi  pelajar dari Sabah dan Semenanjung akan pulang ke Labuan secara berperingkat melalui jalan darat dan laut.


Sementara itu, 65 pelajar yang  terlibat dalam penerbangan itu membabitkan 34 pelajar yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS),  14 pelajar Politeknik Kota Kinabalu, 4 pelajar masing masing dari  Politeknik Sandakan, d UiTM Sabah, Cosmopoint dan ILP Kota Kinabalu serta  masing-masing seorang dari  Kolej Komuniti Lahat Datu,  SIDMA Kolej dan  Sunrise Kolej.

SAMBUT… Dr Fary (tengah) bersama Nurzalizah Kartika (kanan) ketika mengiringi pelajar yang baru tiba di lapangan terbang Labuan.


Sementara itu, Dr. Fary ketika ditemui media berkata, kesemua pelajar tersebut yang sebelum ini menjalani kuarantin masing-masing di Kota Kinabalu selama 14 hari sekali lagi akan disaring  oleh Jabatan Kesihatan Labuan bagi memastikan mereka benar benar sihat daripada gejala Covid 19 sebelum dibenarkan pulang kerumah masing-masing.


“Selain itu Jabatan Kesihatan juga akan memberikan taklimat kepada ibu bapa pelajar  tersebut  mengenai SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di rumah. Kita harap ibu bapa dan pelajar dapat memberikan kerjasama dalam mematuhi segara arahan tersebut demi keselamatan ahli keluarga masing-masing’, katanya. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN