31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

50 Anak Penyu Karah baru menetas di pantai Pohon Batu diselamatkan

SERAH Hariyadi (kiri sekali) menyeranak penyu menyerahkan anak anak enyu itu kepada anggota Jabatan Perikanan sambil diperhatikan Putih

LABUAN: Sebanyak 50 anak penyu spesies karah yang dipercayai baru menetas ditemui berkeliaran di pantai Kampung Pohon Batu  telah diselamatkan oleh  seorang nelayan pada Sabtu lalu.

Ketua Kampung Pohon Batu, Hariyadi Omar berkata, anak penyu yang  baru menetas itu ditemui sedang berkeliaran di tepi pantai Pohon Batu kira kira jam 7.30 pagi oleh seorang   nelayan, Putih Aji.

“Disebabkan bimbang akan keselamatan anak-anak penyu itu dimakan oleh anjing atau burung,  Putih telah mengutip anak-anak penyu itu dan menyimpan dalam satu bekas  sebelum menghubungi saya meminta bantuan untuk penyerahan anak-anak penyu berkenaan” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Hariyadi berkata,  sejurus menemui ank anak penyu itu  beliau bersama Putih telah menjumpai bekas sarang penyu berkenaan yang di dalamnya terdapat empat biji telur penyu yang tidak menetas dipercayai rosak.

Katanya, anak anak penyu yang baru menetas itu telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Labuan untuk tindakan selanjutnya.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Perikanan Labuan, kesemua anak anak penyu berkenaan telah di tempatkan di pusat penetasan penyu Taman Lut Pulau Rusukan Besar.

Menurut Hariyadi pada musim musim tertentu  pantai Pohon Batu merupakan salah satu  tempat pendaratan penyu  bertelur, namun situasi itu kini telah berkurangan mungkin akibat arus pembangunan yang berlaku  di sekitar pantai Pohon Batu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN