27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

5 orang berkerusi roda antara 874 penerima Vaksin di Dewan Masyarakat Ranau

RANAU: Lima orang berkerusi roda adalah antara 874 orang penerima suntikan dos pertama Vaksin mengekang Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau hari ini (26 Julai).

Salah seorang penerima suntikan dos pertama itu, Emin Bin Subari 71, dari Kg.Lohan Skim 1, memberitahu yang beliau walupun berkerusi roda namun tidak mematahkan semangatnya untuk menunaikan tanggungjawanya untuk menerima suntikan vaksin bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang kini masih belum berakhir.

“Justeru adalah menjadi satu tanggungjawab kita semua memutuskan rantaian Covid-19 tanpa mengira suku kaum, agama dan fahaman politik”, jelas Emin sependapat dengan Rahman Bin Ahmad dari Kg.Marakau yang juga hadir untuk menerima suntikan dos pertama meskipun ber kerusi roda.

Seorang lagi yang hadir berkerusi roda dan di temani cucunya ialah, Laniam Binti Kindoron 70, dari Kg.Ruhukon Ranau turut mengakui beliau punyai rasa tanggungjawab untuk menerima suntikan vaksin sebagai usahanya melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19.

“Kita punyai tanggungjawab untuk menerima suntikan Vaksin Covid-19 bagi melindungi diri sendiri dan semua orang”, jelasnya.

Laniam sependapat dengan dua orang lagi yang hadir menerima suntikan dos pertama mengekang jangkitan Covid-19 di PPV Dewan Masyarakat Ranau iaitu, Isianah Binti Kara 48 dari Kg.Pahu Pinawantai Ranau dan Rosnewati Binti Raudi 38, dari Kg.Libang.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Ranau, selaku penyelaras PPV Dewan Masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimin ketika ditemui mengharapkan kepada orang ramai yang belum menerima suntikan mengekang pandemik Covid-19 agar mendaftar sama ada menerusi aplikasi Mysejahterah atau scara menual dan datang ke PPV yang terdekat untuk menerima suntikan bagi memutuskan rantaian Civid-19.

“Jangan meragui atau takut dengan suntikan vaksin tersebut sebab semuanya selamat digunakan samada vaksin jenis Pfizer atau Sinovac”, tambah Dr.Edwaider.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN