26 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 6, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

5 Jun 2021, Genap 6 Tahun Tragedi Gempa Bumi Ranau 

Gambar fail

0leh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Tanggal 5 Jun 2015, enam tahun lalu, negeri Sabah, khususnya Ranau telah dikejutkan dengan tragedi gempa bumi yang meragut nyawa pendaki Gunung Kinabalu dan malim gunung.

Gempa berukuran 5.9 skala richter itu pasti menjadi mimpi ngeri kepada seluruh penduduk lembah Gunung Kinabalu sehingga kini.

runtuhan bongkah batu di Gunung Kinabalu 

Kejadian lebih kurang 7.15 pagi itu telah meragut nyawa 18 pendaki termasuk dua kakitangan Mountain Torq dan dua malim gunung.

Walaupun sudah enam tahun berlalu, tragedi itu sudah pasti tidak akan dapat dilupakan seluruh penduduk Sabah terutama keluarga mangsa yang terkorban.

Masjid Pekan Ranau yang turut terjejas gempa bumi

5 Jun setiap tahun akan menjadi memori yang menyedihkan untuk semua penduduk daerah Ranau, khususnya ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat tragedi itu.

Gempa bumi itu juga, buat pertama kali telah menyebabkan berlakunya runtuhan bongkah batu di Gunung Kinabalu termasuk Donkey’s Ear  yang selama ini menjadi kebanggaan penduduk Sabah dan salah satu ikon pelancongan Malaysia.

Gempa itu juga turut mengakibatkan beberapa buah bangunan di daerah ini terjejas, antaranya sekolah, masjid dan premis perniagaan, selain menyebabkan berlakunya banjir lumpur.- BDB

DALAM INGATAN… Nama-nama mangsa yang terkorban dalam tragedi 5 Jun 2015

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN