AHLI gabungan pengakap yang menyertai latihan Pertolongan Cemas Bantuan Pernafasan (CPR) di Desa Tunas Hijau, baru baru ini.
LABUAN:Seramai 48 ahli badan gabungan pengakap dari t14 buah sekolah menengah termasuk sekolah renda48 ahli pengakap ikuti latihan Pertolongan Cemas (CPR)h di pulau ini menyertai Latihan Pertolongan Cemas dan kaedah bantuan pernafasan cardiopulmonary resuscitation (CPR) yang dijalankan di Desa Tunas Hijau, dekat sini, baru-baru ini.
Program berkenaan dianjur dan dikelolakan oleh Persaudaraan Pengakap Raja WP Labuan (PPRMWPL).
Menurut Presiden PPRMWPL, Skip Azlan Mohd Zainal Harbir Abdullah, latihan sehari itu telah dipimpin oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Awam, Hasanuddin Beddu dan dibantu oleh ahli beberapa Pengakap Raja dan Pemimpin Pengakap.
Azlan berkata, Pengakap Raja merupakan individu yang telah dilatih untuk sentiasa bersedia dan berkhidmat kepada masyarakat.

Mohd Alias menyampaikan sijil kepada ahli pengakap yang mengikuti latihan Pertolongan Cemas Bantuan Pernafasan.
“Justeru itu latihan pertolongan cemas merupakan salah satu inisiatif untuk mensiapsiagakan ahli kita dengan lebih bersedia dalam menghadapi saat kecemasan.
“Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan untuk menyampaikan prinsip pertolongan cemas dan memberikan ilmu CPR kepada golongan muda seawal umur 11 tahun agar mereka dapat bertindak dengan pantas ketika menyelamatkan nyawa seseorang ”katanya.
Turut didedahkan dalam sesi latihan itu ialah teknik-teknik pertolongan cemas melalui bantuan pernafasan (CPR) yang betul melalui latihan fizikal.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Dato’ Sri Haji Mohd Alias Bin Haji Abdul Rahman.
Mohd Alias berharap program tersebut memberi dapat manfaat kepada golongan sasar (ahli pengakap) dan komuniti.
Dalam waktu yang sama beliau berharap latihan seumpama itu dapat dijalankan secara kerap dan berterusan agar mereka dapat dibekalkan ilmu pertolongan cemas dan bantuan pernafasan (CPR) denagan cara yang betul.