27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

47 Murid SK Membedai teruja tonton filem Mat Kilau

GEMBIRA….Murid, guru dan ibu bapa gembira selepas menonton filem Mat Kilau.

LABUAN  Sermaai 47 murid  tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Membedai (SK Membedai), teruja dapat menonton filem Mat Kilau di sebuah pewagam di Ujana Kewangan  sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-65 Tahun yang diadakan baru-baru ini.

Program Menonton Felim Mat Kilau yang dikelolakan oleh Panitia Sejarah Sekolah Kebangsaan Membedai (SKM)  itu turut melibatkan penyertaan 28 ibu bapa pelajar berkenaan dan 5 guru  pengirim.

Menurut Ketua Penatia Sejarah sekolah itu, Mohamad Noor Hamizan Aziz, program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SK Membedai dan juga ibu bapa murid.

Katanya, Program  tersebut cetusan hasil perkongsian idea dengan guru-guru dan permintaan daripada ibu bapa.

HADIAH….Izz (kiri) dan Qayyum bersama hadiah yang dimenangi.

“Sehubungan itu, inisiatif diambil bagi mengetengahkan budaya dan seni perfileman dalam kalangan murid-murid mengenai sejarah pahlawan terdahulu yang kian pudar dari pengetahuan generasi sekarang serta merealisasikan budaya ilmu dan seni budaya supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” katanya.

Jelas Mohamad Noor, program seumpama itu bertujuan mendedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dalam megembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.

“Selain itu, meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu mendengar, bertutur dan menganalisis melalui tayangan wayang”, katanya.

Sementara itu, adek Mohamad Izz Aqil dan Muhd Ammar Qayyum menerima kejutan apabila menerima hadiah selepas mengenakan pakaian paling kreatif ketika menonton filem tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berharap program menonton wayang ini dapat memberi impak yang positif serta memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui pembelajaran tidak formal kepada murid-murid yang menyertai sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi kelayakan taraf pendidikan dan pengetahuan umum akan sejarah serta budaya bangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN