SERAH…. Rozman menyerahkan sumbangan aidilfitri kepada salah seorang ibu tunggal sambil diperhatikan Rosman (tiga kanan) dan Salleh (kiri sekali)
Oleh: Jainudin Djimin
LABUAN:Kira-kira 45 orang golongan kurang bernasib baik kampung Rancha-Rancha di sini, menerima duit raya dan hamper sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Rancha-Rancha pada Sabtu.
Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di masjid berkenaan yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
Hadir sama pada majlis itu, Penolong POengarah Kanan, Habatan Agama Islam Wilayah Persekuruan (JAWI) Labuan, Ustaz Ghaus Musa dan Imam Masjid Rancha-Rancha, Haji Salleh Garip dan Ketua Kampung Rancha-Rancha, Rosman Hussien.
Antara golongan kurang bernasib baik yang menerima sumbangan itu ialah ibu tunggal, anak yatim dan warga emas.
Terdahulu Rozman ketika berucap pada majlis itu, berterima kasih kepada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik kampung Rancha-Rancha.
Beliau berharap lebih ramai lagi individu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk syarikat swasta yang berkemampuan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan seterusnya ia dapat dijadikan amalan dan budaya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
“Pembudayaan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan amatlah digalakan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang meruncing pada ketika ini” katanya.