29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

41 guru dan murid sertai Program Tokoh Bersama Tokoh

PROGRAM Tokoh Bersama Tokoh

Oleh: Jainudin Djimin

LANUAN:Seramai  41 orang guru dan murid dari sekolah rendah dan menengah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan  telah mengikuti program Tokoh Bersama Tokoh  anjuran bersama Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha  dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan baru-baru ini.

Program Tokoh Bersama Tokoh merupakan  aktiviti pemerkasaan dan persediaan  pelajar yang akan menyertai  Pertandingan Tokoh Nilam peringkat negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Penolong Pengarah SSTP Jabatan Pendidikan Labuan,  Malai Hasnah Malai Ahmad dalam ucapan alu aluan berkata,  Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.

PENOLONG pengarah SSTP…..Malai Hasnah.

Pertadingan Tokoh Nilam dan Anugerah NILAM  merupakan satu cara mengiktiraf usaha gigih murid menjalankan aktiviti pembacaan.

“Pengiktirafan ini berdasarkan kriteria pembacaan yang terancang. Pengiktirafan berdasarkan kriteria pembacaan yang berkualiti merupakan suatu usaha “bench-marking” untuk menentukan kemahiran yang perlu ada pada pembaca bestari” katanya.

Jelas Malai Hasnah, antara objektif pelaksanaan program ini adalah menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat mereka.

Selain itu, katanya ia juga menjadikan peserta pertandingan lebih peka kepada teknik serta persiapan yang perlu mereka kuasai sebelum dan semasa pertadingan Tokoh Nilam .

“Akhir sekali melalui program ini akan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca”,katanya.

MODERATOR…Muhammad Diny

Sementara itu, Cikgu Sapri Idris selaku Guru Perpustakaan dan Media SMK Rancha-Rancha turut menjelaskan  program yang diadakan buat pertama kalinya ini merupakan suatu usaha Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha dalam memberi pendedahan secara langsung kepada calon-calon yang bertanding untuk Tokoh Nilam peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Apa yang menjadi keistimewaan  program ini dijalankan ialah , panel program merupakan pelajar yang telah menjadi Johan di peringkat kebangsaan dan negeri dalam pertandingan Tokoh Nilam  tahun 2019

” Program ini juga disertai oleh guru dan pelajar dari luar W.P Labuan antaranya daripada Kedah, dan Sarawak”,katanya.

Dalam program ini, Muhammad Diniy Kamil pelajar SMK Rancha-Rancha telah bertindak sebagai moderator bersama panel  jemputan iaitu Sulimin Suliman dan Muhammad Farees Ashraf  Noh .

Program Tokoh Bersama Tokoh telah berlangsung selama 2 jam  yang  telah bersiaran secara langsung menggunakan platform google meet.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN