26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Oktober 31, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

40,000 murid SK Sertai Pertandingan Mewarna Poster Bulan Kemerdekaan anjuran PGBM Sabah : Nordin

Nordin(kiri)menyampaikan hadiah kepada Adik Triaclara, Sk Pekan Tongod Telupid.

Oleh : Dr Francis Andin

KOTA KINABALU: Kira-kira 40 ribu murid sekolah rendah diseluruh negeri menyertai Pertandingan mewarna poster Peringkat Negeri sempena bulan Kemerdekaan anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah yang berlangsung pada bulan Ogos-September 2025.


Berucap dimajlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, Yang Dipertua PGBM Sabah Datuk Nordin Mohd Taip berkata penganjuran itu antara usaha membantu murid meningkatkan skor murid dalam data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)di sekolah.


Sehubungan itu, Nordin menyatakan Penghargaan kepada pihak Jabatan Pendidikan Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan warga sekolah serta ibubapa yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Sebahagian Para pemenang pertandingan mewarna poster peringkat negeri PGBM Sabah


” Saya yakin, karya seni bukan sahaja sebagai hobi tetapi juga mencorak kesenian pemikiran murid seterusnya menjayakan Sistem penilaian ini yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan murid, melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti diperingkat sekolah , daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa”katanya pada Majlis penyampaian hadiah kepada 20 pemenang di salah sebuah hotel dekat sini sempena mesyuarat Exco Bil 2 PGBM Negeri Sabah dekat sini.

Pertandingan yang terbuka bagi kategori murid Pra sekolah, Pendidikan Khas, tahap 1 Dan tahap 2 di jalankan serentak disemua sekolah yang menyertai dengan seliaan guru masing-masing dan membuat penilaian awal diperingkat sekolah, daerah bagi memilih wakil ke peringkat negeri.

Pada Majlis itu, Nordin menyampaikan hadiah berupa sijil , alatan melukis dan wang tunai kepada para pemenang peringkat negeri. Johan Kategori Pra Sekolah Dimenangi Oleh adik Hazer Abdullah dari SK Tambisan Lahad Datu, manakala Kategori Pendidikan Khas disandang oleh adik Triaclara Vieannie Via Juspin dari SK Pekan Tongod Telupid.

Sementara itu, Kategori tahap 1 Dimenangi Oleh Muhammad Haziq Ziqri Lukman dari SK Mawar Sandakan dan Tahap 2 Dimenangi Oleh adik Eryna Nur ZafirahLukman dari SK Mawar Sandakan.
Hadir sama dalam Majlis itu, para ibubapa murid pemenang, barisan Exco PGBM Sabah..

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN