29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

4 PATI bersembunyi hampir 20 tahun ditangkap polis

DITAHAN…. empat lelaki PATI yang berjaya ditangkap di pantai Kiansam, pagi Sabtu.


LABUAN: Di ibaratkan peribahasa ‘Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Juga Ke tanah’ apabila empat lelaki pendatang tanpa izin (PATI) yang bersembunyi hampir 20 tahun di sekitar Kiansam berjaya ditangkap polis pada Sabtu.


Semua suspek yang berumur 20 hingga awal 40 an itu ditangkap kira-kira jam 2 pagi ketika baru sahaja selesai memancing dan sedang mendaratkan pump bot milik salah seorang daripada suspek di kawasan pantai Kiansam.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua suspek dipercayai warga Filipina itu merupakan pendatang tanpa izin (PATI) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.


“Kesemua suspek telah didapati tinggal di sekitar kawasan Kiansam sejak 10 hingga 20 tahun yang hidup secara bersembunyi dan mengelakkan diri daripada pihak berkuasa” katanya dalam satu kenyataan media di sini.


Beliau berkata, semua suspek ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lajut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1953/69.


“Jika sabit kesalahan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan sebatan,” katanya.


Muhamad Farid menjelaskan, pihak polis akan terus melakukan pemantauan di sepanjang pesisir pantai Labuan bagi mengekang pendaratan PATI yang cuba memasuki Labuan tanpa dokumen perjalanan yang sah.


Justeru itu, beliau berharap orang ramai dapat bersama-sama membantu pihak berkuasa untuk membendung kemasukan PATI dengan menyalurkan maklumat sekiranya ternampak sebarang pendaratan PATI di sepanjang pesisir pantai Labuan. Borneo Daily Bulletin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN