27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

30 NGO’s dan ‘frontliners’ terima pelitup muka sumbangan Dewan Perniagaan Tionghua

WAKIL… sebahagian daripada wakil NGO’s yang menerima sumbangan pelitup muka daripada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan. Kelihatan Datuk Wong Kii Yee (duduk tiga dari kiri).

LABUAN: Sebanyak 30 badan bukan kerajaan  termasuk petugas di barisan hadapan (frontliners) menerima pelitup muka sumbangan daripada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC).

Sebahagian sumbangan itu telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Datuk Wong Kii Yee   di pejabat dewan tersebut di pusat bandar, di sini, pada Khamis.

Manakala sebahagian daripadanya dihantar ke pejabat masing-masing bagi mengelakkan kesesakkan di pejabat Dewan Perniagaan Tionghua  disamping  sebagai mematuhi amalan penjarakan sosial.

Antara Badan Bukan Kerajaan yang menerima sumbangan  setiap satu sebanyak 1,000 keping itu ialah, Badan Bukan Kerajaan yang dipolupuri masyarakat Tionghua, Pengamal Media, Labuan International Golf Club (LIGC),  serta beberapa pasukan barisan hadapan COVID 19 yang terdiri daripada anggota keselamatan dan kesihatan. BorneoDailyBulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN