BENGKEL…Mimie (tengah) bersama Ahli MPP Sub Zon tiga menyertai bengkel membuat sabun pelbagai guna.
LABUAN: Seramai 30 ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) sub Zon Tiga Mengadakan Lawatan sambil belajar ke VCO Geofarm dan menyertai bengkel membuat sabun pelbagai guna di Kampung Bukit Kuda dekat sini, Baru Baru ini.
Lawatan sambil belajar itu diketuai oleh Pengerusi MPP Sub Zon Tiga, Hanisah @ Dayang Mohd Bandi.
Menurut Hanisah, Lawatan ke VCO Geofarm merupakan Projek pemprosesan Minyak Kelapa Dara yang diusahakan Oleh Mantan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN) Labuan, Mimie Duasah.

PENGHARGAAN..Mimie (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Hanisah.
“Selain itu, rombongan kami juga berkesempatan untuk menyertai bengkel yang diusahakan oleh puan Mimie iaitu bengkel membuat sabun pelbagai guna yang dihasilkan berasaskan minyak Kelapa Dara” katanya di sini, kelmarin.
Beliau berharap lawatan sambil belajar itu bukan saja memberikan ilmu pengetahuan mengenai projek tersebut tetapi juga dapat memberi manfaat kepada para peserta.